Monday, July 7, 2008

Novel..Menanti Kasih by Norzailina Nordin

Hye..ari ni shu ganti pose..so mase lunch break ni shu habiskan baca novel ni..Normally shu akan baca novel mase dalam train..on d way pergi kerja dan balik kerja..daripada tgk muke org yg tensen naik train kan..baik shu layan novel..so dapat la baca 4 or 5 bab..kekadang shu baca sebelum start keje..dalam 5 to 10 mins..hehe..sib baik bos x perasan..ampun bos..

So ni ada ulasan sket tentang buku ni..dipetik dari alaf21.

Buku ni shu beli mase g Pesta Buku

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.
Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...
Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lama-ran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?
Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

2 comments:

norzailina said...

Shu, thanks a lot for enjoying this novel. Akak rasa terharu dan berterima kasih kerana Shu sudi menjadikan novel tersebut sebagai entry. InsyaAllah, akak akan cuba hasilkan novel2 terbaik di masa akan datang. Semoga Shu sekeluarga sentiasa dirahmati ILAHI.

shuzana said...

hi akak..shu mmg suke baca novel..tapi novel2 akak ni mmg besh..double thumbs up..!