Monday, November 10, 2008

Happy Birthday Sayang..






Shu x sempat nak post ape2..en hubby dh nak g keje..tp shu penah wat entry ni dulu kat frienster..so shu post kat sini je la..sempena my lil son nyer birthday hari ni..so baca la ek..

Yang Terpuji, Memakmurkan & Lengkap..itulah makna bg Muhamad Ammar Shamel..permata hati kami berdua..Ammar dilahirkan pada 10.11.06, 9.03pm di PUSRAWI..bb Ammar dilahirkan dengan berat 3.425kg..alhamdulillah kepadaNya kerana kurniakan permata hati yg sihat dan sempurna rupa parasnya. Pahit getir dalam mengharungi selama 6 jam didalam ‘labour room’, reda apabila shu dapat bertentang 4 mata dengan Ammar. Tiada air mata yg mengalir apabila terpandang wajah mulus Ammar tapi shu merasakan bangga kerana dapat menharungi segala kesakitan dan kepenatan ketika itu.

Segalanya bermula pada hari khamis@9.11.06, tanda darah sudah kelihatan tapi shu merasakan belum tiba lagi agaknya utk shu menatap wajah bb di dalam perut ni..tapi malam itu..shu sudah merasakan ‘contraction’ yg amat sgt..tetapi tidak sanggup shu ingin menggangu tidur abang. Bila pagi menjelma, shu minta abang hantarkan shu ke hospital. Sebelum itu, sempat mengambil ‘breakfast’ (nasi lemak) takut kempunan bila dalam tempuh berpantang sbb itulah makanan pagi ku sebelum pergi ke tempat kerja. Setibanya shu ke hospital dan di bawa ke ‘labour room’, bidan telah membuat selukan pertama, katanya pintu shu sudah terbuka 3cm. Dalam hatiku, hari ini shu akan berjumpa dengan bb Ammar yg selama ini shu bawa selama 9 bulan. Setelah itu CTG di pasang ke atas perut ku untuk melihat perkembangan bb Ammar. Alhamdulillah, Ammar juga x sabar untuk berjumpa dgn mama dan papanya, tekanan darah shu juga stabil.

Kira-kira lewat pukul 1 petang, abang meminta izin untuk menunaikan solat Jumaat, ketika itu, shu meminta abang ampunkan segala dosa shu sepanjang shu menjadi suami n isteri. Mana lah tahu shu akan bersalin semasa abang tiada di sisi. Setiadanya abang ketika itu, kontraksi shu stabil..kira2 selang 8 min dan shu banyak membaca surat khabar. Akhirnya tepat 2.40ptg, Dr. Habibah, Dr yg bakal manyambut Ammar datang dan membuat selukan ke 2. Katanya pintu sudah terbuka sebanyak 5cm dan Dr telah memecahkan waterbag shu. Setelah itu kontraksi shu setiap 3 min. Sakitnya shu rasakan hanya Tuhan yg tahu. La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minalzolimin. Itulah ayat yg sentiasa shu baca apabila sakit kontraksi datang.

Dalam pukul 4.30ptg, kesakitan yg shu rasakan tidak tertanggung lagi. Shu minta abang tanyakan pada nurse, ubat tahan sakit apa yg bleh shu ambil. Nurse datang untuk membuat selukan ke 3, katanya pintu telah terbuka 6cm. Tidak boleh mengambil sebarang ubat ketika waktu itu takut bb tidak menangis ketika di lahirkan. Shu reda dan akan mengharungi setiap kesakitan dan ujian nanti. Ketika itu shu cuba untuk melelapkan mata tetapi kesakitan tidak berjaya melekakan shu.

Akhirnya dalam pukul 8pm, Dr menjenguh shu di ‘labour room’ dan di mengatakan bukaan shu sudah 9.5cm.Nurse telah menyiapkan segala yg perlu untuk menyambut Ammar. Kesakitan makin terasa. Nurse telah mengajar shu bagaimana untuk bernafas dan meneran nanti..Abang begitu sabar memegang tangan shu..Lagi sekali aku meminta ampun dari abang..halal kan segala makan minum ku..Apabila bukaan ku cukup 10cm, Dr meminta aku meneran..aku cuba sekuat hati ini..teran yg kali keberapa aku kira aku seolah2 terasa kesakitan yg amat sangat telah lega..Tepat jam 9.03 mlm, lahirlah Ammar ke dunia ini. Alhamdulillah. Semasa proses menbersihkan rahim shu dan menjahit, mata shu hanya tertumpu pada Ammar. Setelah Ammar dibalut dan ditimbang, Ammar dibawa masuk semula di dalam labour room, Abang mengambil wudhu dan mengiqamatkan Ammar. Setelah abang mengiqamatkan Ammar, Ammar diletakkan di sebelah shu. Ketika itu Ammar asyik memandang shu saja..Sayu ketika itu..shu masih rasakan tendangan Ammar di dalam perut shu lagi..dan kesakitan seolah2 hilang bila menatap wajah Ammar.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu shu semasa bertarung di sana. Buat abang, shu benar2 menghargai setiap detik yg abang luangkan semasa shu di hospital. Abang banyak melayani kerenah shu. Abang, penantian kita berakhir dengan terlahirnya Ammar di dunia ini. Buat Dr. Habibah dan kakitangan bertugas di Pusrawi, jasa baik anda tidak dapat shu balas dgn kata2. Terima kasih kepada ayah, umi, nenek, mak mertua, adik, ipar dan kawan2 kerana mendoakan keselamatan shu dan Ammar.

Buat anak mama, Muhamad Ammar Shamel, catatan ini dikarang agar menjadi azimat bila mama tiada kelak. Jangan sesekali menderhaka pada papa. Sentiasa menghormati papa dan orang tua, pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Mama sentiasa mendoakan agar Ammar sentiasa diredhai, dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.

6 comments:

KV said...

happy birthday ammar. Moga menjadi anak yg membahagiakan ibu dan ayah!

NouroulSuhaimi said...

shu... sorry sgt xdpt dtg smlm.. dapat sms kan?

sekejap jer ammar dah besar.. nak jadi abang pulak tuuu!!!!

hepi besday ammar!!!

nifalnin... said...

happy besday ammar... semoga jd anak yg soleh dan taat pd ibu bapa...

akak, sedih la saya bs n3 akak kali ni...

Anonymous said...

shu... sorry.. wish happy besday to ammar.. hubby kata last minitlah.. dia dah plan somthing for us.. ingat nak slot jugak.. tapi x sempat.. nanti ako post pressie ammar yek.. jgn marah... to ammar.. be a good boy to mama & abah.. jgn nakal²!!

Miss Moon said...

shu gambar dah ada kat fp cyberphotog ...cekit out

shuzana said...

*kv*
tq aunty..insyallah..

*cokolat*
x pe..lgpun ujan kan..tq ek aunty cokolat

*niza*
tq aunty niza..

*ayang*
aunty dh 2x x dtg..huwaaa..hehe


*miera*
shu dh tq..korank ni mmg terror..