Monday, May 4, 2009

Menu ibu-ibu dalam pantang..tolong...!

Salam..

Shu dalam proses mengumpul menu2 bagi ibu2 yang dalam pantang..almaklum le..kena berpantang sendiri..kesian plak nak bawak famili dari mesia..kalau bawak datang sini..bukan nyer bleh jalan2 kan..shu kan dalam pantang..

Dulu tu, shu berpantang ngan nenek..dah duduk ngan nenek..nenek la yang masak kan lauk..shu makan je..itu pun nenek tgk..tak bagi shu minum air bebanyak..secawan je..tp kalau shu g dapur..curik minum secawan lagi..hehe..ampun nenek..hihihi..

Yang shu tahu..ikan masak ngan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit ngan lada hitam banyak..ape lagi yee..haaa..ikan bilis goreng ngan minyak sket pastu tumbuk ngan lada hitam..

So plan shu macam ni..lagi 2 3 ari nak due..nak suh en hubby beli ikan banyak2..pastu shu nak blend bawang merah, bwg putih, kunyit, halia and lada hitam..marinate kan kat ikan2 tu..ikan2 tu plak simpan dalam aluminium foil..tuk makan tgh ari and malam..nanti dalam pantang..en hubby akan kuarkan ikan tu pagi2..so bila time lunch steam je ikan tu..emm ok tak..?

Shu nak minta resepi kat kawan2 kalau ada menu org dalam pantang ni..bleh la shu simpan dalam koleksi shu...

terlebih dahulu..shu ucapan terima kasih banyak2...

12 comments:

KV said...

ikan boleh gak buat sup. Tapi sup yg simple je lah, tak bubuh bunjut. Cuma bwg putih, merah, halis dan lada hitam sikit. Kdg2 tak tertelan gak nasik kering kan. Hehe

Anonymous said...

ikan bilis, pas tue potong bawang putih + halia halus2...goreng ngan minyak sampai garing.- jeema

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

try resepi nie > ikan terubuk masin > goreng > potong bwg, cili, halia, tumis garing > gaul dgn ikan terubuk td > perah limau skit ..

> ayam masak halia pun ok kot

jeema said...

hai shu...nnt jeema tgk kan resepi masa pantang dulu...nnt kita email yerr...

isz_3707 said...

ikan bakar cicah kicap

semoga semuanya selamat shu.

shuzana said...

*KV*
ok..shu masukkan dlm list menu..ni en hubby pun bleh tolong buatkan..tqvm

*jemma*
emm mcm sedapkan..lapar plak..

*Diana*
alamak..kt sini tak de ikan terubuk masin la..

ikan salmon cicah kicap ok x..hehe..kena beli ikan merah la..ikan2 yg ada kt sini..x sesuai nak dibakar..tqvm isz..

Anonymous said...

jgn lupa mkn sayur.lobak putih tu tunis air je. bawah putih, halia muda (kalau ada). bayam merah pun ok. tmbh darah. minum susu byk2, kalsium byk, susu byk. minum air at least 8 gelas. .icha.

Miss Moon said...

NASI HALIA[hanieliza]

Bahan-bahan
3 cawan beras
4 cawan air
100 gm halia [mesin dan tapiskan]
150 gm ikan kurau masin
1 batang serai [ketukkan]
2 s/k lada hitam
2 s/b kerisek
2 s/b air rendaman asam gelugor
2 ulas bawang putih ]
sedikit isi cekur ] tumbukkan
garam

Cara
1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.
2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.
4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.
5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.ne

Miss Moon said...

HARUAN PANGGANG HALIA[hanieliza]

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

Miss Moon said...

shu ada lagi resepi . Moon mmg simpan utk di pakai time pantang kasik je kayt mak akakkakakka dia akan buatkan .

tapi yg the best n my fav adalah resepi MIL .

Ikan kering talang bakar sampai garing
bwang merah n bawang putih pun bakar sampai sedikit masak
tumbuk bwang merah + bwang putih +ikan kering bakar + lada hitam banyak2 ...

makan ngan nasik panas ..org tak pantang pun ley terliur neh

ada lagi nasik pegaga n mengkudu n lemuni agaknya kat uk ada tak bahan bahan nih shu

shuzana said...

*Icha*
emm aritu ada jumpe lobak putih kt tesco..cuma bayam merah tak sure la..dorank punye bayam yg jenis kecik2 tu..

*Moon*
sedapnyer resepi tu semua..mmg terliur pun tp bahan2 x de kt sini mcm ikan haruan, ikan kering, kunyit..tak sempat nak suh parents hantarkan ikan kering sbb takut tak lepas kt kastam..emm lgpun berpantangkan 44 ari..bleh je nanti suh parents wat shipment lg..hehehe

Kak Zanna said...

Adik lg satu ikan masak pindang. Senang je dik.... Kunyit, halia, bwng merah hiris.. masukkan air & ikan rebus sampai mendidih.. Pastu letak asam keping... air xyah byk2 biar pekat sikit... Masak ni xdelah kering berkuah sikit... Tp x tau Shu lalu makan ke x sbb ikan x gorengkan....