Wednesday, December 29, 2010

: Boxing Day 2010 :

Boxing' till you drop katanya..

Cuaca sangat tak best..sepanjang hari snow+hujan plus suhu yang amat sejuk..-6 celcius saja..terasa macam duduk dalam freezer..Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan pulang..cuma yang tak selamat adalah poket suar en hubby je..

Seperti tahun lepas, shu bershopping dekat East Midland Designer Outlet dekat Derbyshire sebab lepas tu, shu nak ke Stoke-On-Trent pulak..

Shu nak tambah koleksi periuk Tefal..tapi kali ini nak dari range Jamie Oliver..murah giler..sebijik tak sampai GBP10 pun ada..kalau dekat Malaysia, mahu sampai RM100++ kan..apa lagi, borong dan borong dan borong lah...

Aim nak ambil deep fryer, tapi en hubby kata nak buat apa..bukannya selalu nak goreng fries..terus acik sentap..tapi sebab en hubby dah borong periuk, sejuk la sket hati ni kan..tapi hati ini masih terbayang-bayangkan deep fryer tu, sebab bagi shu, bukan je boleh guna untuk fry fries je..dalam tu boleh goreng ayam, goreng karipap, goreng donut, goreng nugget, goreng sosej..hish banyak lagi kan..rugi betul..agaknya ayat-ayat bodek shu tak cukup power kot..

Dekat stoke-on-trent, terkenal dengan portmeirion, wedgewood, royal doulton dan lain-lain lagi bagi orang-orang Malaysia di UK ni..apa tu ye..?ini adalah nama brand pinggan mangkuk..sejak dah tak bekerja ni..shu dah jadi macam makcik-makcik kan..kumpul periuk la..kumpul pinggan mangkuk la..haha

kalau ikutkan sumber dari salah satu blog yang pernah shu baca, set portmeirion ni boleh cecah hingga rm3000..adoi..ni pun shu beli kat factory..sebiji dinner plate tu baru GBP3.50..

dan rata-rata orang yang memborong pinggan-pinggan ni adalah orang Malaysia..berkotak-kotak dorang ni beli..nak je shu snap picture tunjuk dekat blog..haha

ada salah sorang kakak ni..semata-mata datang UK sebab nak borong pinggan-pinggan..baru je datang semalam, lusa pulak dah nak balik malaysia..untungnya jadi orang kaya kan..

credit to pakcik google

Ingatkan nak snap picture depan factory portmeirion, tapi hujan masa ni..takut kamera kena air hujan..so ada few je ek..gambar dekat designer outlet langsung takde..tangan beku..nak petik kamera pun tak boleh..

Ni dekat factory wedgewood dan royal doulton..dekat sini pun ramai orang Malaysia..dapat jugak shu beli tea set Royal Albert..Alhamdulillah..



tu je yang ada..hasil shopping takde sapa nak tengok kan..biarlah ia menjadi hak peribadi sajo..

5 comments:

Nurul said...

bestnya yol..order leh tak? ehehe..

shuzana said...

nurul...
bleh..tp kena tunggu next year..budget nak turun ke stoke dh takde...hihi tp ko seriyes ke..? kalau betul next year aku belikan..sbb kekadang factory ni siap bukak khemah jual pinggan2 dalam 1 or 2 pound je..tp Q mcm ular..haha

Chekgu Azrine said...

akak pun suka sangat pinggan mangkuk ni..apa lak makcik..utk kita guna gak kan..kalau kat sini tak dapetnya harga tu..hehehe..akak pun tunggu je peluang nak sambung belajar kat sana..hope dapatla...boleh sopink..ehehhe

OneWan said...

salam shu,
tefal tuh shu beli kat outlet mana? east midlands ke?
*tersangatlah alergik ngan perkataan 'tefal murah' nih! hehe* :)

preloved collections said...

bestnyer...yol lama lg ke ko kt sana..aku nk kirim leh..tp bukan pinggan mangkukla..hehehe