Tuesday, May 17, 2011

: Saya sedang busy sebabnya... :

Minggu ni, shu agak busy sedikit sebabnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan marah ek...
saja je nak main titik-titik ni..
best plak main tekan-tekan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok la..
sebabnya...
insyaAllah kami nak balik ke Malaysia sabtu ni...
bukan back for good..
tapi en hubby ada tugas di tanah air tercinta selama 3 bulan..
sempatlah kami beraya sehari dua di sana nanti..insyaAllah..
dan kami terpaksa pulang awal sebab Ammar dah mula bersekolah disini..

nanti shu reveal satu lagi berita ye...shu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan..insyaAllah..

sekarang ni..shu tengah busy dengan mengemas, mencuci, membasuh dan sebagainya lah..rumah nak kena tinggal 3 bulan..kalau tak dibuang habuk yang ada, nanti masa kami balik..habuk dah penuh satu rumah..haha

ok..shu nak sambung buat kerja rumah..

Thursday, May 12, 2011

: Birthday Aqila tapi Ammar yang over :

Memula shu memang tak plan nak celebrate birthday Aqila..tapi kesian rasanya sebab Abang Ammar dia every year tiup lilin..disebabkan kami tidak mahu ada jurang..kami tetap sambut anak beranak je kali ni..en hubby beli kek pun bukan yang jenis ada karektor kartun..beli yang kami boleh habiskan nanti..kek coklat la..apa lagi kan..

Aqila macam tak tahu apa-apa..dari dia bangun pagi..shu dah wish dekat Aqila tapi Ammar dengar..dia boleh kata bukan birthday Aqila..ini birthday Ammar..over tau..bila shu nyanyi lagu 'happy birthday to you' dekat Aqila pun..dia kata birthday Ammar Shamel..hish hish..

Atuk dan nenek Aqila skype..nyanyi lagu 'happy birthday to you' tak sebut nama Ammar..terus Ammar merajuk..adoii Ammar ni..

Malam tadi..seisi potong kek..Ammar yang over excited..Aqila tiup pun dari jauh je..haha....tengok la video tu....



Wednesday, May 11, 2011

: Aqila is 2 :



Shu sayang sangat dekat my princess ni..dialah 'my breastfeeding partner' till now..syukur Alhamdulillah...akan diteruskan selagi termampu..

Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kami menjaga dan membesarkan Aqila..sesungguhnya AQila seorang anak yang bijak..cerdik dan cantik di mata kami..

Aqila dah boleh cakap sikit-sikit..suka sebut 'sorry' kalau dia buat silap..suka sebut 'thank you' lepas terima apa2 barang dari kami..suka nyanyi lagu 'twinkle-twinkle little star'..suka usik abang Ammar..suka mengira '1 to 10' tapi dalam urutan berterabur..dah pandai makan sendiri..suka conteng dinding..haha..

Yang paling buat shu cair bila dia minta sesuatu benda tapi shu tak bagi..dia akan kata...'pleassseeeee'.....memang tak jadi tak bagi especially bila dia nak bf, tapi shu tengah sibuk masak ke....terus berhenti masak skejap..demi anak kan..

Aqila..papa, mama dan abg Ammar berharap..jadilah anak, adik dan kakak yang baik..jadilah anak yang solehah kepada agama, keluarga dan negara..belajar pandai-pandai sehingga menjadi orang yang berjaya..jangan lupa sedekahkan al-Fatihah andai kata kami telah tiada nanti..sesungguhnya Aqila ratu dihati kami..

Nur Aqilah Shaurah
11-05-11
2 years old
Hull

Saturday, May 7, 2011

: Kasih Ibu Membawa ke Syurga :



Happy Mother's Day to Pn Saniah Samad and Pn Noor Ainee Hussein...


tidak lupa..buat nenek kesayangan shu..Pn Hajah Sumiyah Nik yang menjadi ibu kepada umi shu..


Juga buat adik ipar shu..Pn Roidiah Jaafar yang bakal menjadi Ibu.....

Dan buat seluruh Emak, Mummy, Mama, Umi, Ibu dan bakal menjadi Ibu...sesungguhnya, kasihmu membawa ke syurga....


Monday, May 2, 2011

: Selamat Hari Buruh :

Hari ni uolls cuti lagi ek..mesti seronok kan sebab dapat meluangkan masa bersama family tercinta..

Kami dekat sini pun masih bercuti sempena Summer Bank Holiday..so kiranya cuti kami dekat sini pun agak panjang dari hari Jumaat sempena Royal Wedding..tapi kami tetap tak buat apa-apa plan nak pergi bercuti pusing-pusing UK..kami tengah simpan duit ni..nak balik Malaysia..insyaAllah Mei ni..doa-doakan lah ek...

Kalau dah cuti-cuti ni..takkan takde lauk special untuk family tercinta ke..haha ada...tapi esok le shu upload ek...ada penyakit M..haha

so sempena Hari Buruh semalam..jadilah pekerja yang ikhlas untuk majikan anda..insyaAllah wang gaji bulan-bulan anda lebih berkat...message apakah ini???? haha

tata....enjoy ur holiday..


Saturday, April 30, 2011

: Best moments - William and Catherine :

























Duke and Duchess of Cambridge...Congratulations!

p/s: lepas ni nak cari royal wedding souvenier...buat kenang-kenangan..




Friday, April 29, 2011

: Royal Wedding - Putera Willian dan Miss Kate Middleton :



secocok kan pasangan bakal raja dan permaisuri britain ni..hensem sungguh putera william ni kan..akhirnya bertemu jodoh dengan wanita yang menjadi kekasih selama 8 tahun..lama kan..kalau dah kawin..mungkin dah beranak pinak..haha

Pasangan ni akan melangsungkan perkahwinan pada 29-4-2011 di Gereja Westminster Abbey dan majlis reception pula di Buckingham Palace..

Perkahwinan pasangan ini adalah antara acara yang ditunggu-tunggu bagi kalendar 2011 semenjak mereka pengumumkan pertunangan pada November 2010..sampaikan hari ini dijadikan tarikh cuti umum britain..hebatkan pasangan ini..

Dan perkahwinan ini dijangka menjadi tontonan hampir 2 billion penonton..shu pun salah seorang penonton yang akan duduk depan TV menyaksikan putera william menjadi suami orang..haha melepas nak jadi mak mertua putera william..

Ada sesetengah rakyat britain ni..dah siap buat khemah-khemah kecil ditepi jalan di sepanjang jalan ke Westminister Abbey..sayangnya rakyat britain kepada pasangan ni kan..sama-sama meraikan hari bersejarah anak mendiang puteri Diana ni..


Thursday, April 28, 2011

: Easter Day :

Alamak, gambar anak dara shu berpusing-pusing..jika anda ada masalah leher, sila jangan tenung lama-lama..sebarang kesan sampingan tidak dapat dilayan..haha

Mungkin awak-awak semua dah tahu..tentang Easter Day kan..Easter Day ni adalah salah satu festival penting di dalam kalendar bagi penganut kristian..Antara yang paling seronok bila Easter juga dikatakan masa untuk bercuti dan memberi coklat telur Easter kepada kanak-kanak..memang cantik-cantik coklat telur ni..lupa plak shu nak ambil gambar dekat tesco..tapi shu dah googled...




Dulu-dulu..hadiah sempena Easter Day adalah telur burung yang telah dilukis cantik-cantik tetapi bila dah masuk ke abad 20, pemberian telur coklat diperkenalkan..lebih praktikal kot..

Ada sejarah tentang Hari Easter ni..ia dikaitkan dengan hari kematian dan kehidupan semula 'jesus'..nak story mory panjang..sila google kay..

Wednesday, April 27, 2011

Jalan-jalan sempena Easter Day

Isnin cuti Easter Day kan..en hubby ada sewa kereta..memang tak plan nak pergi jalan-jalan pun sempena cuti panjang tu..tapi dah alang-alang ada kereta ni..en hubby ajak pergi Leeds..

Perjalanan dari Hull ke Leeds cuma sejam je..macam dari KL nak ke Nilai..haha tapi sempat le Aqila dengan shu tertidur dalam kereta..syiok tau..

Dekat Leeds kami jalan-jalan dekat city centre je..adalah seisi menge'pau' wallet en hubby berlaku..gara-gara teringin nak ke butik Cath Kidston..ampun en hubby..

Lepas jalan-jalan kt city centre..kami makan Nandos halal..gambar kami tengah makan tak dapat nak disiarkan..sbb menjaga anak-anak bertuah..haha sorang nak 'kaler'..sorang nak main knife n fork..tak tentu hara kami ni..

Lepas makan laju-laju..kami pergi Ikea plak..jalan-jalan cuti mata..ambil mood nak hias rumah KL nanti..tu nanti shu citer..tu antara projek terbaru shu..so before kite end entry ni..nak tunjuk muke anak dara shu..

Sent from my BlackBerry® wireless device

Monday, April 25, 2011

: Hola :

Hari ni..kat UK tengah cuti panjang..dari hari jumaat sampai isnin..

Kan best kalau dekat KL..time cuti-cuti panjang ni..kami dah selamat balik Pulau Aman makan mee udang..haha tapi apa kan daya..kami ni pun lepak-lepak je dekat rumah..

Bila dah cuti-cuti ni..takde la masak special-special pun..shu tak bape ada mood nak masak..tak berapa sihat la uolls.. :)

Apa..gambar kat London..ada orang nak tengok ke..?haha

Actually, shu tak pegang kamera sangat..time tu Ammar dengan Aqila tak sihat kan..jalan-jalan pun takde mood..dah le pergi makan dekat Malaysian Hall takde nasi lemak sambal sotong..sentap tau..3-3 hari shu makan kat sana..sambal sotong takde..waaaaa

ni ada 2 keping je..day 1 kat London..

dekat Hyde park

Oxford street..

jangan muntah hijau tengok gambar shu teleng kepala tu ek..

Tuesday, April 12, 2011

: Mari kite lepas geram :

Sebelom kite story mory kisah happy-happy di kota London..meh shu nak lepas geram dulu..

Rase macam nak %$(&^$"(*&^$""£^ boleh..?

Ni kali ke 3, shu menggunakan First Hull Trains..dan 3 -3 kali tidak menyeronokkan..

Kami ni kalau ke London, memang naik train je..nak drive ke London tak bape nak larat..5 jam perjalanan..lepas tu bila nak masuk disesetengah kawasan London, akan dikenakan Congestion charge..ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kawasan-kawasan tersebut menjadi sesak..dan kadar parking disini sangat lah mahal..

Selalunya kami akan beli tiket direct ke London, itu pun mengambil masa 2jam 45min..cuma ada beberapa stations je yang akan berhenti..

Meh shu story pengalaman pertama naik train dengan First Hull trains ni..

Masa ni, kami ke London sebab nak buat passport Aqilah..umur aqilah masa ni 3 bulan..kami beli tiket direct dari Hull ke London..tapi boleh pulak masa kami nak bertolak, scheduled kami cancelled so alternative nye kami kena naik train dari Hull ke Doncaster kemudian Doncaster ke London..dari Doncaster ke London, kami naik East Coast trains..so perjalanan kami dimulakan dari Hull ke Doncaster train transit..takde seat..kes sape cepat dia dapat tempat duduk..masa ni kira masih OK lagi..passanger pun tak berapa nak ramai..masih boleh dimaafkan...tapi bila sampai di station Doncaster..kami kena berebut seat..sebabnya kami ni dikire pinjam train East Coast train..dekat station pun ramai orang..2 trains yang disatukan..boleh bayangkan tak..? macam sardin..

Nasib baik mase balik ke Hull takde banyak masalah..Alhamdulillah..

Pengalaman ke 2 pulak..agak sedih jugak..masa ni kami nak balik raya tahun lepas..mungkin bukan salah train..ada masalah signal problem..tapi kalau pihak management bgtau awal-awal..takdelah kami sangkut almost 4hours..dan gara-gara tu..flight kami ke Malaysia dah terlepas..kami sampai Airport Heathrow dalam pukul 10.15malam..flight kami pukul 10mlm..kami terpaksa bermalam sehari dan nasib baik ada seat kosong next day tu..sedih weiii beraya atas jalan time ni..

Ni pengalaman ke 3..train balik dari London ke Hull..cancelled jugak weiiiii....benci benci benci tau..dah le hari ahad..sure ramai orang nak balik ke destinasi masing-masing kan..memang dah agak..alternative nye..dorang suruh naik East Coast train dari London ke Leeds dan kemudian Leeds ke Hull...kalau suruh naik train pinjam ni..sure takde seat..

Mase tunggu train..shu ok lagi..tp dalam hati ni..dah fikir..nak lari je cari seat kosong bila gate bukak kan..tp apekan daya..dengan 2 org anak..sampai-sampai je..seat takde yang kosong..semua dah kena reserved..last-last kami anak beranak duduk bersila diantara connection coach..sedih weiii..shu siap nanges lagi..lantak la kalau mat salleh ni nak tengok..shu sedih sebab anak-anak tak sihat..dorang tido masing-masing atas riba kami suami isteri..

tapi sampai di Retford station..nasib baik ada orang turun..tu pun after almost 2hours kami duduk bersila..nasib baik anak-anak tak meragam sangat..

sedihkan..bila anak-anak ikut susah..memang orang kata..inilah pengalaman hidup bila kite berada ditempat orang..kami akui..kami dekat sini pun..kalau nak kemana-mana area Hull ni..banyak berjalan kaki atau naik bus je..kami ingat..dengan turun naik bus, anak-anak tak suka..padahal mereka lagilah suka sangat bila dapat naik bus dan train..

oklah..sekian saje kisah lepas geram shu..lega sket..tp disaat shu update blog ni...en hubby berada diawam biru..dalam perjalanan ke bumi yg kami cintai..Malaysia..semoga Allah permudahkan perjalanan en hubby dalam mencari rezeki..Amin..


Friday, April 8, 2011

Budak demam

ni muke budak demam..demi dpt naik train..jadi segar bugar balik..muke ni tgh amai2 lepas makan ubat..

Ammar ni suke naik train..kalau kt youtube..hari2 tgk train..

: Italian food :




Petang td..dah lapar sangat..shu makan makanan kat atas tu..kebetulan ada lebihan kuah spagetti lunch ammar..shu rebus tortelloni..sedappppppppp..

ada banyak flavours.. mushroom ado, cheese ado....yummy..!

ok lah..just nak bgtau..hari ni shu nak cuti-cuti ke London..bukan jalan-jalan shopping-shopping pun..saje je en hubby ajak temankan dia pergi tengok match antara club chelsea vs club wigan dekat stamford bridge..ni kali pertama en hubby tgk match dekat stamford bridge..sebelum ni dia tengok match antara club liverpool vc chelsea dekat Anfield, Liverpool sebab husband kak farah peminat liverpool..so dorang pergi together-gether..hihi

En hubby je sorang yang tengok match..nanti kami duduk dalam bilik hotel layan dvd je..

agenda lain ke London adalah melantak makan di Malaysian Hall Canteen (adoiii hilang diet ku)..dalam fikiran ni dah fikir nak makan nasi lemak sambal sotong..nak makan kuew tiew goreng..nak makan ikan keli bercili..nak minum teh tarik..kuih muih..sedappppppnnnyyerrrr..semoga impianku menjadi kenyataan..hihi peace

Thursday, April 7, 2011

: Spring sana Spring sini :


Aqila si bunga-bunga cinta kami..


Ammar si pujaan hati kami












bila masuk spring..yang paling indah mestilah pokok-pokok bunga yang sangat cantek..rase wangi je udara masa ni..

cuaca pun tidak la berapa sejuk sangat..antara 15°C - 20°C aje..dan UK ni biasalah terkenal dengan musim hujan..tapi musim hujannya bukanlah seperti kita kat Malaysia tu siap dengar guruh dan petir..dekat sini hujan-hujan je..kekadang tu kalau kita duduk dalam rumah, tak perasan dekat luar tengah hujan sekarang ni..tahu-tahu je jalanraya dah basah..

ok, ada satu lagi bunga yang tumbuh dibulan April atau May..bunga ni dipanggil buttercup flower..nanti kalau shu dapat capture gambar ni..shu blogkan ek..